Thursday, November 4, 2010

Graduation Day



Pada 29.10.2010 , sekolah mengadakan Hari Graduasi di Hotel Putra untuk semua pelajar tingkatan 5 . semua berkumpul di sekolah dan bertolak ke hotel pada pukul 3.30 dgn menaiki bus sekolah . apabila sampai di hotel , cikgu suruh daftar nama dan memakai jubah graduasi dan duduk di tempat masing2 . beberapa minit kemudian , kami menyanyikan lagu sekolah dan lagu negaraku kemudian duduk dan mendengar cikgu2 memberi ucapan dan kami semua pergi mengambil sijil di pentas. aku sangat2 kaku sebab tak biasa berdiri di depan orang ramai , huhu . selepas mengambil sijil , kami semua dijemput makan . pelbagai jenis makanan yang ada . kemudian , sesi bergambar diadakan di bilik bersama fotografer . hmm . selepas mengambil gambar , cikgu pasang video slideshow , gambar2 aktiviti kami di sekolah , kem , solat hajat dan banyak lagi . aku sangat2 sedih melihat video itu sambil menitis air mata kerana tak lama lagi kami akan meninggalkan sekolah dan berpisah dengan guru2 dan kawan2 yang lain . ini lah saat2 yang paling indah dalam hidup sebenarnya . zaman remaja di sekolah hanya sekali , dan kami akan merindui saat2 ini apabila kami tamat sekolah nanti . uhh sedihnya ;'( aku masih ingat akan kata2 ibu bapa dan kawan2 yang lebih tua , "belajarlah bersungguh2 dan jangan kecewakan kedua ibubapa kita , sbb dengan cara tu sajalah kita dapat membalas jasa2 mereka".. hmm . tinggal lagi 19 hari sahaja untuk kami menduduki SPM di sekolah nanti . doakan aku mendapat keputusan yang baik ye . thank you =)

No comments:

Post a Comment